Usahawan Makanan
Nama : Pn. Marlina Binti Yunus
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2018
Pn. Marlina merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 4 orang anak. Pada mulanya, beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan berjual dari rumah kerumah sahaja dan kini beliau telah meluaskan lagi perniagaanya dari hanya berjual dari rumah ke rumah kini perniagaan beliau sudah meluas ke luar daerah.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Pengetahuan asas komputer yang terhad dan pasaran yang terhad. Tempahan pelanggan hanya di sekitar kawasan kampung sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kolapis, beliau kini memudahkan promosi dalam talian kepada komuniti setempat. Selain itu, melalui penggunaan media sosial dan internet juga beliau telah berjaya meluaskan pasaran sehingga ke luar daerah.
