1. Apakah peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)?
● Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;
● Merapatkan Jurang Digital.
● Penyediaan Capaian Internet: Menyediakan kemudahan internet kolektif di kawasan kurang liputan.
● Pusat Latihan Digital: Mengadakan latihan ICT dan kemahiran digital untuk meningkatkan literasi teknologi dalam kalangan masyarakat.
● Pemerkasaan Ekonomi Digital: Membantu usahawan tempatan dan komuniti menggunakan platform e-dagang untuk meningkatkan taraf sosioekonomi.
● Pusat Sebaran Maklumat: Menyampaikan maklumat tepat dan sahih serta mempromosikan inisiatif kerajaan.
- Pendidikan Keselamatan Siber:Menyemai kesedaran mengenai penggunaan internet yang selamat.
2. Berapakah jumlah NADI yang ada di seluruh negara ketika ini?
● Jumlah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh Malaysia ketika ini ialah sebanyak 1,065 pusat yang beroperasi setakat akhir tahun 2024, dan
● Jumlah ini dijangka terus meningkat kepada kira-kira 1,099 pusat menjelang awal tahun 2025 melalui pelaksanaan inisiatif “1 DUN 1 NADI” yang bertujuan memperluaskan akses maklumat, kemahiran digital dan kemudahan teknologi kepada masyarakat di bandar dan luar bandar di seluruh negara.
3. Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada NADI?
● Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), telah melalui transformasi menyeluruh untuk memperkasakan komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar:
A. Transformasi Fungsi dan Penjenamaan (NADI MADANI) : PEDi dijenamakan semula sebagai NADI bermula 1 Mac 2024 bagi mencerminkan peranan yang lebih luas dalam menyebarkan maklumat rasmi kerajaan dan inisiatif digital.
B. Fokus Komuniti: NADI bukan sekadar pusat internet, tetapi pusat sebaran ilmu, pusat pembangunan usahawan, dan hab kesejahteraan komuniti.
C. Peningkatan Perkhidmatan dan Infrastruktur :
- Kelajuan Internet Tinggi: MCMC diminta meningkatkan kelajuan internet di semua 1,099 NADI bagi memastikan capaian yang lebih lancar dan efektif.
- Perkhidmatan Pintar & Tambahan: NADI kini menawarkan perkhidmatan tambahan seperti e-Kesihatan (projek rintis dron) dan perkhidmatan kerajaan.
- Inisiatif NADI x Keusahawanan: Memfokuskan kepada latihan perniagaan, bimbingan, dan pemasaran produk untuk usahawan mikro, dengan sasaran 60% peserta dalam kalangan wanita.
D. Pengurusan dan Sokongan Tempatan
- Panel Penasihat Setempat: Penubuhan panel penasihat yang terdiri daripada masyarakat tempatan untuk merancang program yang lebih relevan dan menarik.
- Ikon Usahawan NADI: Melantik usahawan tempatan yang berjaya sebagai ikon untuk membimbing usahawan baharu.
E. Pusat Maklumat Terpusat
- NADI berfungsi sebagai saluran rasmi bagi inisiatif kerajaan seperti PADU (Pangkalan Data Utama), Manfaat MADANI, dan BUDI MADANI bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam mendapat bantuan.
4. Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di NADI?
● Setiap NADI menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
- Latihan ICT,
- Latihan keusahawanan,
- Latihan multimedia,
- E-pembelajaran,
- Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.
- Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.
