CELIK IT
Nama Pn. Saimah Lumbir
Umur : 41 Tahun
Ahli : 2018
Penduduk asal Kg.Kolapis Beluran. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau juga merupakan Setiausaha Komuniti Rukun Tetangga dan sangat aktif mengikuti program-program serta sering menjadikan Pusat Internet sebagai tempat rujukan digital berkaitan ICT.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Tidak tahu apa itu ICT terutamanya menaip surat-surat untuk Persatuan Beliau. Beliau takut untuk menggunakan PC kerana tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sering mengikuti program dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau kini telah mengenali apa itu ict. Beliau juga boleh menggunakan Microsoft Word dengan baik. Beliau juga memiliki akaun email dan facebook. selain itu, beliau rajin melayari internet seperti Youtube bagi mengisi masa terluang beliau. Kini beliau sudah boleh menaip surat menggunakan Microsofr Word dengan baik bagi urusan persatuan beliau.