mcmc
Kisah Kejayaan

Q2- CELIK IT- NUR FARAZILAH BINTI BAKAR

CELIK IT

Nama Nur Farazilah Binti Bakar

Umur : 16 Tahun

Ahli   : 2018

Nur Farazillah Binti Bakar atau lebih di kenali dengan panggilan Farah merupakan pelajar tingkatan 4 SMK Beluran II dan mengambil jurusan seni. Farah seorang yang sangat mesra dan ringan tulang.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Farah sukar untuk menyiapkan kerja sekolahnya terutama mata pelajaran seni lukisan kerana kekurangan idea dalam menyiapkannya serta mengambil masa yang lama untuk menyiapkan pembentangan kerja apabila perlu. Farah juga lebih kerap menghabiskan masa di rumah setelah pulang sekolah dan pada hujung minggu jika tiada aktivti sekoah.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PI Kg. Kolapis, Farah lebih mahir menggunakan Microsoft office terutamanya Microsoft Power Point untuk menyiapkan kerja pembentangannya dengan lebih cepat. Selain itu, Farah juga dapat menyiapkan lukisannya dengan mencari idea-idea lukisan di internet. Farah juga banyak melibatkan diri dalam setiap kelas dan aktiviti yang di adakan di PI. Ini dapat mengisi masa lapangnya pada waktu cuti dengan aktiviti yang berfaedah.