mcmc
Kisah Kejayaan

Q3- CELIK IT- MOHD SYAHRIZAM ALI

CELIK IT

Nama Mohd Sharizam Bin Ali

Umur : 15 Tahun

Ahli   : 2018

Sharizam Bin Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Izam merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di sekolah menengah Beluran II. Izam merupakan ahli pusat internet dan banyak menyertai program yang di anjurkan Pi.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI Izam kurang memahami tentang fungsi-fungsi komputer cara menggunakan microsoft office untuk kegunaan pembelajaran dan sebagainya. Izam juga berasa takut untuk menggunakan komputer kerana tidak tahu cara menggunakannya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PI Kg. Kolapis, kini Izam boleh menggunakan komputer dan internet dengan baik .Kini dia mahir menggunakan emel dan memiliki akaun Facebooknya sendiri. Beliau juga dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasinya dengan menggunakan Microsoft Power point untuk membuat pembentangan dan membuat surat-surat rasmi dalam microsoft word.

Sebelum penglibatan Pi1M, Izam kurang mahir tentang ICT dan kurang memahami fungsi-fungsi perkakasan komputer.