mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 (2020) CELIK IT – MOHD. DZULFAZLEY BIN DANNY

Nama : Mohd. Dzulfazley Bin Danny

Umur : 12 Tahun

Ahli   : 2018

Mohd. Dzulfazley atau yang lebih dikenali sebagai Zul merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah Kampung Kolapis, berumur 12 tahun, seorang pelajar yang cerdas dan aktif dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Adik Zull tidak terdedah kepada dunia digital dan tidak tahu menggunakan komputer serta cara menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PI Kg. Kolapis, adik Zul akhirnya memahami sedikit sebanyak tentang penggunaan komputer dan mula mahir menggunakan beberapa asas perisian komputer. Adik Zul juga mahir menggunakan internet untuk mencari maklumat bagi pembelajarannya. Beliau juga mula belajar menggunakan beberapa perisian komputer seperti Microsoft Words & Microsoft Power Point. Pada setiap masa lapang, adik Zul akan datang ke pusat internet bagi mempelajari penggunaan ICT dan juga sering menggunakan platform online seperti google & youtube untuk mencari maklumat tambahan bagi tujuan pembelajaran