CELIK IT
Nama Mohd Al Habshee Bin Rasmi
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2018
Mohd. Al Habshee atau lebih dikenali dengan panggilan Digo merupakan seorang pelajar tingkatan 2 di sekolah menengah Beluran II. Adik Digo merupakan ahli pusat internet komuniti (PIK) dan sangat aktif menyertai program yang di anjurkan PIK.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PIK
Sebelum penglibatan dengan PIK, adik Digo kurang memahami tentang fungsi-fungsi komputer cara menggunakan microsoft office untuk kegunaan pembelajaran dan sebagainya. Dia juga berasa takut untuk menggunakan komputer kerana tidak tahu cara menggunakannya.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PIK
Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PI Kg. Kolapis, kini adik Digo boleh menggunakan komputer dan internet dengan baik .Kini dia mahir menggunakan emel dan memiliki akaun Facebooknya sendiri. Beliau juga dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasinya dengan menggunakan Microsoft Power point untuk membuat pembentangan dan membuat surat-surat rasmi dalam microsoft word.
Sebelum penglibatan PIK, Digo kurang mahir tentang ICT dan kurang memahami fungsi-fungsi perkakasan komputer.