SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT (NADI) KAMPUNG KOLAPIS
NADI Kg. Kolapis, Beluran mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami.Untuk pengetahuan anda semua Mini Pusat Internet Kg. Kolapis mula dibuka kepada orang awam pada 26 Januari 2018. Dengan adanya portal ini komuniti setempat diharap agar dapat didedahkan dengan segala maklumat dalam menuju era Teknologi Maklumat yang moden kini.
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL ( NADI)
NADI merupakan konsep baharu yang diperkenalkan pada tahun 2015 untuk skala yang lebih kecil dengan keluasan premishanya 300 hingga 500 kaki persegi. NADI juga merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN
– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
-Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
-Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet .
-Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
-Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
PERKHIDMATAN
NADI menawarkan latihan secara PERCUMA kepada semua golongan yang telah menjadi ahli. Antara jenis latihan yang disediakan adalah seperti berikut:
-Pengenalan asas komputer.
-Asas internet.
-Internet Aplikasi elektronik – e-kerajaan, e-dagang, e-pembelajaran
-Desktop Publishing – Microsoft Office
-Latihan Keusahawanan.
Antara perkhidmatan lain:
-Perkhidmatan Internet
-Mencetak,Scanning
-Potostat, laminate, binding
-AP Outdoor (wifi komuniti)
PETUGAS NADI

