mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 (2021) CELIK IT – MOHD HAIRUL

Nama : MOHD HAIRUL 

Umur : 09 Tahun

Ahli   : 2021

Mohd. Hairul atau yang lebih dikenali sebagai adik Momong, merupakan seorang pelajar sekolah rendah SK Beluran Bestari. Adik Momong berumur 09  tahun dan merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) sejak tahun 2021.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIk

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, adik Momong tidak terdedah kepada dunia digital. Dia juga sukar untuk mengakses dunia digital kerana tidak mempunyai telefon pintar dan komputer.  Adik Momong juga tidak tahu menggunakan komputer dan cara menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam komputer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PEDi Kg. Kolapis, adik Momong akhirnya memahami sedikit sebanyak tentang penggunaan komputer dan mula mahir menggunakan beberapa asas perisian komputer seperti menggunakan youtube dan mencari maklumat menggunakan google.  Pada setiap masa lapang, adik Momong akan datang ke PEDi bagi mempelajari penggunaan ICT yang sekaligus dapat membantu beliau dalam pembelajaran terutama sekali pada waktu PDPR.

KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR