Latar belakang
Encik Isham Bin Abd. Ghafar merupakan seorang pengusaha kedai makanan dan minuman yang terletak di Kg. Kolapis Beluran. Tercetusnya idea untuk berniaga kerana beliau sememangnya berminat dalam dunia perniagaan sejak dari bangku sekolah lagi. Perniagaan ini turut dibantu oleh keluarga dan adik beradik En. Isham
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
En. Isham tidak memaksimakan penggunaan media sosial untuk mengiklankan perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kepentingan media sosial untuk mengembangkan perniagaan, beliau mula bergiat aktif mengiklankan perniagaan beliau di facebook page beliau yang diberi nama “Kolam D’ Acong Kolapis. Ahli keluarga beliau yang juga merupakan ahli aktif Pusat Internet Kg. Kolapis banyak membantu dari segi cara mengiklankan perniagaan.
Perniagaan beliau bertambah maju dan kini bukan sahaja mempunyai kedai makan bahkan turut mempunyai mini zoo, dan kolam memancing yang menjadi salah satu daya tarikan kepada para pengunjung. Mini zoo dan kolam memancing ini bersebelahan dengan kedai makan beliau.