mcmc
Komuniti

KOMUNITI RUKUN TETANGGA

PENGENALAN 
 

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.

Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan – Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.

Skim ini memberi kuasa kepada penduduk dalam memastikan keamanan dan keselamatan rumah dan kawasan sekitarnya melalui rondaan wajib ke atas penduduk berusia di antara 18 hingga 55 tahun.

Selain itu, RT juga pada masa itu berperanan untuk melaksanakan program kejiranan dan aktiviti berasaskan pembangunan komuniti serta pendidikan sosial dan sukan untuk meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti setempat.

KOMUNITI RUKUN TETANGGA KG. KOLAPIS, BELURAN