mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 (2020) CELIK IT- MOHAMMAD SHAHRYANSHA

CELIK IT

Nama Mohammad Shahryansha

Umur : 12 Tahun

Ahli   : 2018

Mohammad Shahryansha atau lebih dikenali dengan panggilan Shah merupakan penduduk Kg. Kolapis. Adik Shah bersekolah di Sekolah Rendah Kolapis, Beluran. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, adik Shah kurang berpengetahuan mengenai penggunaan komputer malahan lebih gemar menghabiskan masa bermain dengan rakan-rakannya. Selain itu, adik Shah juga tidak terfikir untuk menggunakan internet sebagai tempat untuk mencari bahan maklumat bagi tujuan pembelajaran.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PI Kg. Kolapis, adik Shah akhirnya memahami sedikit sebanyak tentang penggunaan komputer dan mula mahir menggunakan beberapa asas perisian komputer. Adik Shah juga mahir menggunakan internet untuk mencari maklumat bagi pembelajarannya. Beliau juga mula belajar menggunakan beberapa perisian komputer seperti Microsoft Words & Microsoft Power Point. Pada setiap masa lapang, adik Shah akan datang ke pusat internet bagi mempelajari penggunaan ICT. Menyedari akan kebaikan dan kepentingan penggunaan komputer, adik Shah telah membawa rakan-rakannya untuk menyertai setiap kelas yang di adakan di PI Kg. Kolapis.