mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 (2022) CELIK IT – MOHD HAIRUL KALAM

Nama : MOHD HAIRUL 

Umur : 14 Tahun

Ahli   : 2019

Mohd. Hairul atau yang lebih dikenali sebagai Kalam, merupakan pelajar tingkatan 2 SMK Beluran Bestari, dan merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) sejak tahun 2019

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIk

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, adik Kalam tidak terdedah kepada dunia digital. Dia juga sukar untuk mengakses dunia digital kerana tidak mempunyai telefon pintar dan komputer.  Adik Kalam juga tidak tahu menggunakan komputer dan cara menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam komputer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PEDi Kg. Kolapis, adik Kalam akhirnya memahami sedikit sebanyak tentang penggunaan komputer dan mula mahir menggunakan beberapa asas perisian komputer seperti menggunakan youtube dan mencari maklumat menggunakan google.  Pada setiap masa lapang, adik Kalam akan datang ke PEDi bagi mempelajari penggunaan ICT yang sekaligus dapat membantu beliau dalam pembelajaran terutama sekali pada waktu PDPR.

KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR