mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2019 KEUSAHAWANAN- Pn. Kasmiah Binti Bakar

Untitled.png

Usahawan Makanan

Nama : Pn. Kasmiah Binti Bakar

Umur : 42 Tahun

Ahli   : 2018

Pn.Kasmiah merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 3 orang anak. Pada mulanya, beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan berjual dari rumah kerumah sahaja dan kini beliau telah meluaskan lagi perniagaanya dari hanya berjual dari rumah ke rumah kini perniagaan beliau sudah meluas ke luar daerah. Beliau sudah bertahun – tahun berniaga kuih kelupis tetapi tidak tahu bagaimana mempromosikan jualan beliau.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pengetahuan asas komputer yang terhad dan pasaran yang terhad. Tempahan pelanggan hanya di sekitar kawasan kampung sahaja. Beliau juga tidak tahu bagaimana untuk mempromosikan jualan kuih kelupis beliau.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kolapis, beliau kini memudahkan promosi dalam talian kepada komuniti setempat. Selain itu, melalui penggunaan media sosial dan internet juga beliau telah berjaya meluaskan pasaran sehingga ke luar daerah. Kini pendapatan beliau semakin bertambah sejak wujudnya Pusat Internet.