Nama : ARIF ADHA BI TIMHAL
Umur : 13 Tahun
Ahli : 2018
Arif Adha atau lebih dikenali dengan panggilan Adha merupakan penduduk Kg. Kolapis. Adik Adha bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran 2. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Adik Adha tidak terdedah kepada dunia digital. Adik Adha juga tidak tahu menggunakan komputer dan cara menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PI Kg. Kolapis, adik Adha akhirnya memahami sedikit sebanyak tentang penggunaan komputer dan mula mahir menggunakan beberapa asas perisian komputer. Adik Adha juga mahir menggunakan internet untuk mencari maklumat bagi pembelajarannya. Beliau juga mula belajar menggunakan beberapa perisian komputer seperti Microsoft Words & Microsoft Power Point. Pada setiap masa lapang, adik Adha akan datang ke pusat internet bagi mempelajari penggunaan ICT. Menyedari akan kebaikan dan kepentingan penggunaan komputer adik Adha juga sering ke Pusat Internet bagi mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan pembelajaran beliau di sekolah