NAMA : DELYANA P
UMUR : 36
AHLI : 2020
Latar belakang
Pn. Delyana mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan pada tahun 2019. Minat yang mendalam bidang perniagaan membuatkan beliau untuk menceburkan diri walaupun bukan sebagai kerjaya tetap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, beliau hanya memasarkan produk beliau dikalangan ahli keluarga dan kenalan rapat secara offline. Tidak menggunakan media sosial untuk mengiklankan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas melibatkan diri di Pusat internet, beliau telah belajar cara pemasaran di media sosial dan mewujudkan facebook page khas untuk produk beliau. Kini, beliau aktif mengiklankan produk beliau di media sosial.
Pada permulaan perniagaan, pendapatan yang diperolehi hanya sekitar RM 100 kebawah. Namun setelah belajar cara untuk mengiklankan produk, pendapatan yang diperolehi oleh beliau adalah sekitar RM 150 keatas.