mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2020 – Keusahawanan (Su Cindy Gamar)

NAMA : SU CINDY GAMAR

UMUR :21

AHLI : 2020

Latar belakang

Cik Su Cindy merupakan anak kedua dan berumur 21 tahun.  Beliau merupakan lepasan Pra-U. Beliau merupakan anak jati daerah Beluran dan menjalankan perniagaan jual beli pakaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, segala urusan perniagaan seperti pengiraan stok adalah tidak tersusun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada peringkat permulaan,

Cik Su Cindy hanya berniaga kecil-kecilan di sekitar tempat sahaja. Beliau juga kurang pengetahuan dalam ilmu perniagaan.

Selepas beliau mendaftar menjadi ahli Pusat Internet, beliau telah mengikuti kelas keusahawanan yang dibuat oleh Pusat Internet. Beliau diajar menggunakan beberapa perisian asas seperti Microsoft Excel untuk merekodkan stok produk beliau.

Cik Su Cindy juga turut belajar tentang latihan keusahawan (shopee) bagi membolehkan beliau memasarkan produk beliau dengan lebih meluas.

Di pusat internet, beliau telah belajar cara membina akaun Shopee dan cara memuat naik gambar-gambar produk beliau ke kedai Shopee.