mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 (2021) CELIK IT – NICOLLEN

Nama : NICOLLEN FREENDY

Umur : 07 Tahun

Ahli   : 2021

Nicollen atau yang lebih dikenali sebagai adik Colen, merupakan seorang pelajar sekolah rendah SK Beluran Bestari. Adik Colen berumur 07  tahun dan merupakan ahli Pusat Internet Komuniti (PIK)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIk

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Adik Colen tidak terdedah kepada dunia digital. Dia juga sukar untuk mengakses dunia digital kerana tidak mempunyai telefon pintar dan komputer.  Adik Colen juga tidak tahu menggunakan komputer dan cara menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam komputer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PIk Kg. Kolapis, adik Colen akhirnya memahami sedikit sebanyak tentang penggunaan komputer dan mula mahir menggunakan beberapa asas perisian komputer seperti menggunakan youtube dan mencari maklumat menggunakan google.  Pada setiap masa lapang, adik Colen akan datang ke pusat internet bagi mempelajari penggunaan ICT yang sekaligus dapat membantu beliau dalam pembelajaran terutama sekali pada waktu PDPR.

 

KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR