Nama : SYAHRUL BIN BENJAMIN
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2019
Syahrul Benjamin atau yang lebih dikenali sebagai Syah, merupakan pelajar tingkatan 2 SMK Beluran Bestari, dan merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) sejak tahun 2019.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PEDi, adik Syah tidak terdedah kepada dunia digital. Dia juga sukar untuk mengakses dunia digital kerana tidak mempunyai telefon pintar dan komputer. Adik Syah juga tidak tahu menggunakan komputer dan cara menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PEDi Kg. Kolapis, adik Syah akhirnya memahami sedikit sebanyak tentang penggunaan komputer dan mula mahir menggunakan beberapa asas perisian komputer seperti menggunakan youtube, micorosoft words dan mencari maklumat menggunakan google. Pada setiap masa lapang, adik Syah akan datang ke PEDi bagi mempelajari penggunaan ICT yang sekaligus dapat membantu beliau dalam pembelajaran terutama sekali pada waktu PDPR. Beliau juga sangat aktif mengikuti setiap kelas ICT dan program yang dijalankan di PEDi.