mcmc
Kisah Kejayaan

Q4-CELIK IT- MOHD IZZAN BIN AHMAD ZAINI

CELIK IT

Nama Mohd Izzan Bin Ahmad Zaini

Umur : 12 Tahun

Ahli   : 2018

Mohd Izzan bin Ahmad Zaini atau lebih di senangi dengan panggilan Izan merupakan penduduk Kg. Kolapis. Izzan merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Izzan bersekolah di Sekolah Rendah Kolapis, Beluran. Izzan juga merupakan pelajar yang sangat aktif dalam akademik dan kokurikulum

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Izzan tidak berminat dan kurang berpengetahuan mengenai penggunaan komputer malahan lebih gemar menghabiskan masa bermain dengan rakan-rakannya. Izzan tidak terfikir untuk menjadikan internet sebagai bahan rujukan untuk pembelajarannya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PI Kg. Kolapis, Izzan lebih mengetahui sedikit sebanyak tentang komputer dan mula mahir menggunakan beberapa asas perisian komputer. Izzan juga selalu menggunakan internet untuk mencari bahan pembelajarannya.Selain itu, dia turut membawa rakan-rakannya untuk menyertai setiap kelas yang di adakan di PI Kg. Kolapis.