Kampung Kolapis ialah sebuah perkampungan nelayan dan orang-orang Melayu. Mereka kebanyakkannya tinggal di pinggir muara dan di kuala sungai Kolapis. Kawasannya diliputi oleh paya bakau dan tumbuhannya yang dikenali sebagai nipah. Jarak dari Pekan Beluran ialah sejauh 12 KM dan keluasan kampungnya 50 hektar.
Merujuk daripada sumber-sumber kenyataan yang telah diperolehi, Kampung Kolapis ini telah wujud pada tahun1921 lagi di mana muara sungai ini menjadi tumpuan perahu-perahu belayar untuk menangkap pelbagai hasil laut. Perahu layar ini, datangnya daripada kepulauan dan persisiran pantai bahagian Sandakan termasukla dari Negara Brunei pada masa tersebut.
Panglima Mehei ialah suku kaum Bajau dan Imam Pakir Sadar daripada suku kaum Brunei merupakan tokoh terawal bertapak serta menempatkan kaum keluargnya di kampung ini. Mereka bersama-sama membina sebanyak 10 buah rumah di pinggir muara Sungai Kolapis dan kira-kira 60 orang penghuni saja. Setelah itu, mereka mula menamakan kampung ini sebagai Kampung Kolapis seperti yang dikenali pada masa kini. Penamaan kampung ini adalah berdasarkan daripada bilangan perahu-perahu layar yang dating ke muara sungai ini. Menurut sumber lain pula, kampung ini diberi nama Kampung Kolapis kerana Kaum Brunei yang dating ke kampung ini membawa sejenis Kuih Kelupis yang menjadi makanan utama bagi Kaum Brunei.
Berdasarkan cerita yang diperolehi daripada orang-orang tua kampung ini, mereka menceritakan serba sedikit tentang sejarah silam dan turun temurun kampung ini. Menurut mereka, Panglima Mahei telah di lantik sebagai O.T iaitu lebih dikenali sebagai Ketua Kampung pada masa kini dan menjadi Ketua Masyarakat Bajau manakala Imam Pakir di lantik sebagai O.T bagi kaum brunei untuk mentadbir masyarakat masing-masing di Kampung Kolapis.
Kampung Kolapis semakin berkembang maju dan membangun pada tahun 50-an. Populasi penduduk semangkin bertambah dan juga hasil laut yang banyak. Oleh itu, seorang anak kelahiran kampung ini iaitu Haji Awang Besar Bin Haji Mamat mencadangkan kepada badan berwajib supaya membina sebuah sekolah bagi pendidikan anak-anak kampung ini.
Pada tahun 1955, cadangan beliau diterima dan diluluskan. Sekolah pertama yang ditubuhkan di kampung ini diberi nama GOVERNMENT PRIMARY SCHOOL KOLAPIS (G.P.S). Dengan terdirinya sekolah ini, ia dapat melahirkan anak-anak kampung yang berjaya dalam bidang akademik antaranya ialah Doktor, Kaunselor, Arkitek, Guru Penjawat Awam dan peniaga yang berjaya.